Program Pengagihan Bantuan Keperluan Asasi Oktober 2017

Pada 15 Oktober 2017 lalu, Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at telah bekerjasama dengan Masjid al Muhtadin, Damansara Damai dan Bin Waharp’s Grocer mengadakan Program Pengagihan Bantuan Keperluan Asasi.

Seramai 45 penerima dari kalangan asnaf kariah Masjid al Muhtadin telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan asasi.

Barangan keperluan yang diagihkan antaranya beras, gula, garam, tepung gandum serta lain-lain yang bernilai RM50 setiap seorang. MURSHID diwakili Eksekutif, Ahmad Loqman Izzat bin Mat Pozi.

Terima kasih juga diucapkan kepada para penderma yang telah sudi memberikan sumbangan pada kali ini. Moga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan daripada-Nya.

bwg_murshid (1)

bwg_murshid (7)
bwg_murshid (6)

bwg_murshid (4)

« (Previous Post)

Comments are Closed