Projek Sumbangan Buku Islamik – Jun 2019

Alhamdulillah, Projek Sumbangan Buku Islamik 2019 diteruskan bagi sesi Jun.

Projek ini bertujuan memberikan bahan bacaan berunsurkan agama yang berkualiti kepada sekolah terpilih di sekitar Malaysia. Sekolah yang terpilih ialah sekolah yang terletak di luar bandar atau pedalaman. Sekolah yang baharu dibuka serta sekolah yang kekurangan bahan bacaan terkini juga dipertimbangkan untuk menerima sumbangan ini.

Projek ini diadakan juga bagi mengeratkan hubungan di antara badan bukan kerajaan, syarikat penerbitan buku dan institusi pendidikan. Projek ini juga menyahut saranan Malaysia Membaca.

Kali ini 3 buah sekolah di sekitar daerah Raub, Pahang telah terpilih menerima sumbangan buku daripada MURSHID. Sumbangan telah dibuat pada pagi ini di sekolah terpilih. Sekolah terpilih ialah SMK Sega, SK Chenua dan SK Sega.

Setiap sekolah rendah akan menerima sumbangan buku bernilai kira-kira RM500. Manakala, setiap sekolah menengah akan menerima sumbangan buku bernilai RM1000. Terima kasih kepada para penyumbang derma, Pejabat Pendidikan Daerah Raub dan para penerbit buku yang menjayakan Projek Sumbangan Buku Islamik ini.

#MURSHID
#MALAYSIAMEMBACA

Raub SMKSega (2)

Raub SMKSega (1)

Raub SKChenua (1)

Raub SKChenua (2)

Raub SKSega (1)

Raub SKSega (2)

Comments are Closed