Projek Sumbangan Buku Islamik – Mei 2019

Sekitar sesi Projek Sumbangan Buku Islamik di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sg Chinchin, Gombak, Selangor. Buku ini dibeli daripada penerbit setelah menerima derma daripada orang ramai.

MURSHID telah diwakili oleh Timbalan Presiden, Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim dan Eksekutif, Sdr. Ahmad Loqman Izzat Mat Pozi. Sebelum sesi serahan, warga SRAI Sg. Chinchin telah diperdengarkan tazkirah ringkas daripada Ustaz Abdullah Bukhari mengenai hobi membaca bahan bacaan berkualiti.

Projek ini bertujuan memberikan bahan bacaan berunsurkan agama yang berkualiti kepada sekolah terpilih di sekitar Malaysia. Sekolah yang terpilih ialah sekolah yang terletak di luar bandar atau pedalaman. Sekolah yang baharu dibuka serta sekolah yang kekurangan bahan bacaan terkini juga dipertimbangkan untuk menerima sumbangan ini.

Projek ini diadakan juga bagi mengeratkan hubungan di antara badan bukan kerajaan, syarikat penerbitan buku dan institusi pendidikan. Projek ini juga menyahut saranan Malaysia Membaca.

Setiap sekolah rendah akan menerima bahan bacaan sebanyak RM500. Bahan bacaan ini akan diletakkan di pusat sumber sekolah untuk dimanfaatkan.

Alhamdulillah, projek Sumbangan Buku Islamik ini akan diteruskan pada bulan-bulan akan datang. Terima kasih kepada para penderma, semoga Allah swt membalas jasa kalian dengan kebaikan daripada-Nya.

#MURSHID
#MALAYSIAMEMBACA

AB_1_SRAI SG CHINCHIN (1)

AB_1_SRAI SG CHINCHIN (2)

AB_1_SRAI SG CHINCHIN (3)

AB_1_SRAI SG CHINCHIN (4)

 


Comments are Closed