Seminar Asbab Nuzul al-Quran

2 Jun 2018 lalu menyaksikan MURSHID dengan kerjasama Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa telah menganjurkan Seminar Asbab Nuzul al Quran. Seminar ini bertujuan mendedahkan mengenai penurunan ayat-ayat al-Quran kepada masyarakat awam.

Seminar ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan badan bukan kerajaan, masjid dan masyarakat Islam di negara ini.

5 topik telah dibentangkan oleh penceramah diundang khas. Antara penceramah tersebut ialah Ustaz Felza Zulhibri, Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim dan Ustaz Mustafar Mohd Suki. Selain itu Ustaz Dr. Shauqi Othman dan Ustaz Zahiruddin Zabidi juga turut memberikan perkongsian berkaitan seminar ini.

Semoga program ini dimanfaatkan oleh para peserta dan mencapai objektif yang disasarkan.

SAN (1)

SAN (2)

SAN (3)

 

SAN (4)

SAN (5)

Comments are Closed