Seminar Bedah Surah Al-Baqarah

Surah al-Baqarah merupakan surah paling panjang di dalam al-Quran iaitu 286 ayat. Adakah ada daripada kalangan kita sudah mengetahui serta memahami di sebalik penurunan surah tersebut? Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) akan mengadakan SEMINAR BEDAH SURAH AL-BAQARAH. Seminar ini bertujuan memberikan penerangan serta kefahaman berkaitan Surah al-Baqarah ini kepada masyarakat Islam.

Pembentang;
a) Sinopsis Ringkas Surah al-Baqarah
Ustaz Dr. Shauqi Othman
b) Di Sebalik Ayat 1-5 Surah al Baqarah
Ustaz Dr. Shauqi Othman
c) Intipati Ayat Kursi
Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim al Hafiz

Butiran Program;
Tarikh: 9 Februari 2019
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 am – 4.00 pm (Makanan tengah hari disediakan)
Tempat: Dewan MURSHID, Mutiara Gombak
(Hadapan SMK Sungai Pusu, Gombak)
Yuran Penyertaan: RM20 seorang

Pautan borang penyertaan: http://tiny.cc/seminarsurahalbaqarah
Tempat terhad, hanya untuk 60 terawal sahaja.

Pihak kami amat berbesar hati sekiranya hebahan melalui ‘share’ dibuat bagi manfaat semua. Semoga perjalanan program ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

poster baru with UAB


Comments are Closed