Seminar Keibubapaan 2019

Ledakan maklumat yang diterima anak-anak di era Revolusi Industri 4.0 semakin meningkat. Ledakan maklumat tanpa batasan mampu memberikan kesan kepada mereka. Namun, adakah ini sebenarnya memberikan kebaikan atau kebinasaan?
Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) akan mengadakan SEMINAR KEIBUBAPAAN 2019. Seminar ini bertujuan memberikan pencerahan dan penerangan kepada ibu bapa mengenai isu serta penyelesaian masalah berkaitan pendidikan anak masa kini. Antara topikyang disentuh ialah isu kefahaman reproduktif dan penggunaan Internet serta gajet.

Pembentang;
a) Bagaimana Menghadapi Soalan Anak Mengenai Isu Reproduktif?
Tuan Mohd Fairuz Abu
MFA Consultancy
b) Cara Mendisiplinkan Anak-Anak dengan Gajet & Internet
Tuan Nor Firdaus Norzaini
NF Cahaya Resources
c) Figura Bapa dalam Surah Luqman
Ustaz Dr. Shauqi Othman
UPM Serdang

Butiran Program;
Tarikh: 19 Januari 2019
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 am – 4.00 pm (Makanan tengah hari disediakan)
Tempat: Dewan MURSHID, Mutiara Gombak
(Hadapan SMK Sungai Pusu, Gombak)
Yuran Penyertaan: RM20 seorang

Pautan borang penyertaan: http://tiny.cc/seminarkeibubapaan2019
Tempat terhad, hanya untuk 60 terawal sahaja
Pihak kami amat berbesar hati sekiranya hebahan melalui ‘share’ dibuat bagi manfaat semua. Semoga perjalanan program ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

poster baru with USHAUQI


Comments are Closed