Seminar Tadabbur al Quran: Surah 4 Qul
Pada 24 Disember 2017 yang lalu, MURSHID dengan kerjasama Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur telah mengadakan Seminar Tadabbur al-Quran: Surah 4 Qul. Seminar ini telah dihadiri seramai 160 orang peserta dari serata pelusuk tanah air.
Ustaz Syaari Ab Rahman telah menyampaikan slot Pengajaran & Intipati Surah al-Kafirun. Beliau juga menyampaikan slot Intipati Daripada Surah al-Ikhlas. Timbalan Presiden MURSHID, Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim pula menyampaikan perkongsian bertajuk Di Sebalik Penurunan Surah al-Falaq & Surah an-Nas.
Program ini merupakan program yang terakhir pada tahun 2017. Di kesempatan ini, pihak MURSHID merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak kerana sudi menjayakan program-program anjuran MURSHID sepanjang tahun 2017.
Semoga Allah SWT memberikan kemudahan untuk MURSHID menjalankan program pada tahun 2018 serta tahun-tahun yang mendatang.
Comments are Closed