SERAHAN BANTUAN MEDIK COVID-19

Jutaan terima kasih atas sumbangan orang ramai melalui Tabung COVID-19 MURSHID, kami telah berjaya mengumpulkan sekitar RM 60,000 dan sumbangan dalam bentuk barangan telah kami lakukan sebentar tadi kepada Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Prof Dato Dr. Hanafiah.

Pihak MURSHID pula diwakili oleh Presiden MURSHID, Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman dan Eksekutif MURSHID, Sdr Ahmad Loqman Izzat dan Sdr Aiman Khusainy.

Barangan peralatan perubatan yang telah kami beli dan sumbangkan ada di dalam gambar disertakan.

Alhamdulillah NGO kami telah menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh para penderma.

Terima Kasih

Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du’at.(MURSHID)

92277850_1850744635061202_3298255512885264384_n 92363087_1850744668394532_4898719528927625216_n 91498050_1850744705061195_3623520571691630592_n 92106876_1850744758394523_5829831291528282112_n

Comments are Closed