TEKNIK MENGURUS HAFAZAN MELALUI HP. HP NI’MAT YANG ALLAH AKAN TANYA. JANGAN JADI HAMBA HP!

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Bagi penghafaz al-Quran antara yang sukar diurus adalah membezakan ayat yang hampir sama tapi berbeza. Cadangan saya, kita buat folder khusus dalam hp dengan mengumpulkan semua ayat yang sama untuk diulang lihat ketika lapang. Insya-Allah ia akan membantu.

Alhamdulilah segala teknologi moden sangat membantu proses ulang-kaji hafazan. Rugi sungguh jika penghafaz al-Quran HABIS MASANYA DENGAN HP KERANA PERKARA REMEH-BODOH yang lain seperti layan insta atau games yang tak habis2. Inilah sebabnya ramai ulama silam kata main dadu, catur HARAM kerana melalaikan. Tuan2 boleh lihat pandangan mereka itu yang kelihatan ekstrem ketika membincangkan Ayat ini:

إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيۡطَٰنُ أَن يُوقِعَ بَيۡنَكُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ فِي ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ وَيَصُدَّكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَهُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, DAN MAHU MEMALINGKAN KAMU DARIPADA MENGINGATI ALLAH dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Ma’idah, 5:91).

Ayat ini mengulas perihal arak judi yang berjaya memalingkan manusia dari mengingati Allah. Bertitik tolak dari MAKSUD MELALAIKAN itulah para ulama mengatakan main dadu atau catur HARAM. Lihat saja di kedai kopi kampong dahulu kala. Bagaimana permainan dam haji mampu melekakan manusia.

Apa kurangnya berbagai apps dalam telefon pintar? Sekali hadap tanpa sedar masa terbuang. Tambah parah bila ia berlaku kepada PARA PENGHAFAZ al-Quran. Sebab itu saya pesan pada anak2 dan murid, kalau nak ulang kaji atau hafaz al-Quran….letak hp sejauh mungkin. Ia racun berbahaya kerana manusia sanggup habis masa berjam2 dengan hp tapi liat sekali menghadap al-Quran. Moga Allah selamatkan kita semua dari kelalaian hp.




Comments are Closed