TUKAR ZIKIR MEDIA SOSIAL DARIPADA KOMEN! KOMEN! KOMEN! KEPADA DIAM! DIAM! DIAM DAN SABAR! SEPANJANG RAMADHAN…

Oleh: Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim

Ramai yang kongsi, komen, kutuk, ejek dan sindir tanpa rasa resah ia satu dosa besar yang bakal memufliskan diri di akhirat. Sabar wahai netizen, sayangi pahala anda. Jangan mudah meleburkannya dalam media sosial. Jangan juga mudah melabur dosa yang tampak kecil tapi besar angkanya.
Tak berbaloi membuang pahala menambah dosa HANYA DENGAN JARI JEMARI yang celupar mahu komen semua perkara. Ayuh tukar zikir jari kita sepanjang Ramadhan dan seumur hidup kepada DIAM! DIAM! DIAM! SABAR! SABAR! SABAR!
Hayatilah kata-kata hikmah yang dinaqalkan oleh Tabi’in tersohor Abdullah Ibn al-Mubarak:
إن لسان الحكيم من وراء قلبه ، فإذا أراد أن يقول يرجع إلى قلبه ، فإن كان له قال ، وإن كان عليه أمسك ، وإن الجاهل قلبه في طرف لسانه ، لا يرجع إلى القلب ، فما أتى على لسانه تكلم به
Ertinya: Sesungguhnya lidah si Bijaksana berada di hadapan hatinya. Apabila dia mahu berkata sesuatu dia akan merujuk kepada hatinya terlebih dahulu. Jika katanya memberi manafaat padanya barulah dia akan berkata-kata, manakala jika katanya itu akan menjadi hujah (menentangnya) dia akan menahan (lidahnya dari berbicara). Orang jahil pula hatinya berada di hujung lidahnya. Dia tidak merujuk kepada hatinya dan apa sahaja terlintas di lidah terus dituturkan (al-Zuhdu Wa al-Raqa’iq).

 




Comments are Closed