PROJEK SUMBANGAN BUKU ISLAMIK 2022

πŸ“– Arahan pertama dalam al-Quran adalah supaya kita membaca. Turunnya wahyu di puncak Jabal Nur mengisyaratkan bahan bacaan haruslah bernilai tinggi dan berkualiti bukannya bersifat picisan. Adakah generasi muda hari ini mudah mendapatkan bahan bacaan Islamik yang terbaik dan berkualiti? Justeru, Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) menganjurkan Projek Sumbangan Buku Islamik.
.
πŸ“š Projek ini bertujuan memberikan bahan bacaan berunsurkan agama yang berkualiti kepada sekolah terpilih di sekitar Malaysia. Sekolah terpilih merujuk kepada sekolah di luar bandar atau pedalaman. Sekolah baharu dibuka serta sekolah yang kekurangan bahan bacaan terkini juga dipertimbangkan untuk menerima sumbangan buku ini.
.
🏧 Sehubungan itu, MURSHID memerlukan derma bagi menjayakan projek ini. Sebarang derma boleh didepositkan kepada akaun Maybank Islamic (Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at @ MURSHID -564799117561). Para penyumbang diingatkan agar menuliskan informasi β€˜buku’ sebagai rujukan sekiranya membuat bayaran secara dalam talian.
.
πŸ”Š Pihak penganjur amat berbesar hati sekiranya ada hebahan dibuat untuk melancarkan perjalanan program ini.
.
πŸ’¬ Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui talian: 03-6177 4612 atau 011-2067 8980 (pada waktu pejabat).




Comments are Closed